I AM LUQMAN AZMI

Saturday 13 September 2014

ANCAMAN JENAYAH : PENIPUAN



Penipuan merupakan salah satu jenayah siber. penipuan di alam maya berlaku apabila seseorang memalsukan atau menciplak sesuatu maklumat tertentu. misalnya, Terdapat pihak-pihak yang mengambil kesempatan dengan menciplak laman web perbankan. Penipuan siber ini cukup mudah kerana hanya memerlukan internet dan perisian pelayar sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah penipuan melalui internet ini boleh mencecah jutaan ringgit nilainya.

Sudah ramai genarasi kini sudah sedar akan jenayah penipuan ini dan pernah terdedah dengan jenayah ini serta mungkin sudah menjadi mangsa daripada isu ini,Faktor-faktor kekangan ini berlaku  masa kini terhadap generasi kita adalah sikap kurang curiga dan acuh tidak acuh sahaja apabila mendapat panggilan palsu atau pun email-email palsu. Namun begitu, ramai didalam kalangan kita masih tidak tahu bagaimana untuk mengelakkan diri daripada penipuan licik jenayah siber ini. Kita haruslah sentiasa berwaspada apabila mendapat kenalan baru di laman sosial dan selalu menanamkan sifat curiga dan prejudis.

Seterusnya, sikap 'tamak' adalah antara satu punca orang ramai atau generasi kini masih menjadi mangsa jenayah siber walaupun telah banyak pendedahan telah dibuat oleh pihak berkuasa  termasuk mangsa yang pernah ditipu sebelum ini.Pengguna haruslah tidak mudah percaya dengan tawaran yang telah buat laman internet.

Ancaman jenayah siber merupakan masalah yang sering acap kali dihadapi oleh pengguna komputer lebih-lebih lagi genarasi muda. Memandangkan kebanyakan komputer mempunyai sambungan pada rangkaian internet,ia dapat menghubungkan berjuta-juta di seluruh dunia secara terbuka.

Langkah-langkah untuk mengatasi kekangan ini ialah kerjasama antara negara luar secara global. Apabila hubungan diplomatik antara negara asing dapat dikukuhkan dengan baik maka masalah penipuan di laman sosial dapat dibanteras serta dapat menjejaki pengguna yang melakukan jenayah tersebut kerana negara kita kekurangan dari segi it dan sukar untuk menjejaki pengguna yang melakukan jenayah penipuan ini dengan cepat dan segera.

Pihak kerajaan juga haruslah menubuhkan unit pencegahan jenayah siber serta mengeksport pakar-pakar it dari negara maju seperti Amerika,Jepun dan lain-lain supaya mereka dapat membantu menyesaikan kekangan ini.







Di zaman era pascaglobalisasi ini, negara kita haruslah meningkatkan kemampuan anggota keselamatan. Sebagai contoh, pihak PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta bank negara memainkan peranan yang sangat besar untuk menyelesaian kekangan yang dihadapi oleh negara kita dengan melatih  kakitangan untuk meningkatkan kemahiran dalam dalam bidang forensik komputer  untuk menyiasat  dan menganalisis untuk mendapatkan bukti yang kukuh terhadap pesalah. Dengan kaedah penyelesaian yang lebih efektif dan tepat, pendakwaan ke atas penjenayah siber lebih berkesan.

Tuntasnya, kerjasama antara kerajaan dengan syarikat serta pengguna komputer haruslah digiatkan. syarikat yang ingin memulakan E-dagang perlu melakukan langkah keselamatan terlebih dahulu oleh pihak kerajaan, syarikat tersebut haruslah mengikuti kesemua syarat yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut. Syarikat tersebut juga haruslah berkongsi masalah pencerobohan dan penggodaman dengan kerajaan dengan lebih terperinci supaya pihak kerajaan dapat menyelesaikan kekangan ini dengan pihak yang lebih arif.

Akhir sekali memberi cadangan kepada kerajaan supaya meningkatkan keselamatan maklumat negara dan maklumat orang awam supaya tidak dapat dicerobohi dan dicuri maklumat tersebut oleh individu yang menyalahgunakan kebijaksanaan dalam bidang siber.

Kajian terhadap hukuman kepada penjenayah siber ini haruslah diteliti oleh pihak berwajib. undang-undang yang sedia ada haruslah dikaji keberkesanan oleh penggubal undang-undang supaya dapat menjatuhkan hukuman kepada penjenayah siber ini mengikut kesalahan yang telah dibuat. hukuman yang dijatuhkan haruslah bukan jenis hukuman yang menyiksa penjenayah siber tersebut malah berbentuk pemulihan. Ini kerana, kepakaran yang sedia ada oleh penjenayah siber itu dapat membantu negara untuk ke wawasan 2020 sekiranya mereka diberi pendedahan untuk menggunakan kepakaran tersebut ke arah yang lebih baik dan berhemah.

Pihak berkuasa juga memainkan peranan dalam membasmi permasalahan ini. Mereka haruslah sentiasa melakukan pemantauan di internet melalui unit "cyber crime" . Sebagai contoh, pihak PDRM Bukit Aman, melalukan OPS membanteras jenayah siber di laman sosial seperti laman sosial Facebook serta mengenal pasti dan menyelesaikan ancaman di lama sosial seperti ugutan dan propaganda perkauman, Bagi menyelesaikan kekangan ini, kerjasama antara SKMM dan Cyber Secuarity Malaysia amat dititikberatkan.


Akhirul kalam, pihak kerajaan haruslah menerapkan pengetahuan mengenai jenayah siber kepada orang awam melalui iklan-iklan di media massa,kempen dan risalah. Juga penerapan subjek ICT kepada genarasi muda di sekolah dan menyebarkan maklumat tersebut kepada masyarakat melalui media massa dan media elektronik untuk mengelakkan orang awam menjadi salah satu mangsa jenayah siber serta dapat melahirkan genarasi yang celik teknologi maklumat untuk menuju ke arah wawasan 2020.